*Bajet muka chumell sangat :p
1. Pada suatu ketika di Madinah,  Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa  orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu  menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya  kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi  tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya  sama dengan ibadat kaum orang lelaki.
2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.
4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
  5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika  membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api  neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”
  6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan  mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan  memadamkan seratus perbuatan jahat.”
  7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang  dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas  tahta di hari akhirat.”
  8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian  dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya  ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar  dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”
  9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,  menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu,  Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut  mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan  dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”
  10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut  dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan  memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah  baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah  taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan  dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”
  11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu  masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah  dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun  lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan  bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu  kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,  tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya  iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah  perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
  14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,  cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
  15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau  memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia  mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta  engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah  wanita solehah.
Untung tak kita jadi wanita ?









 


untungnye :)
ReplyDeletekannn (:
ReplyDelete