satu cerita.

Perkenalan secara tibatiba dan tidak di jangka menghasilkan satu perhubungan. Hasil daripada satu panggilan telefon pada suatu malam. Si dia yang tidak pernah saya temui. Si dia yang tidak langsung saya kenali. Kerana kegilaan saya yang mengikut kata hati menjadikan kami kawan.

Pertemuan pertama kali, membuat hati berdegup kencang. Pabila memandang matanya. Muncul satu perasaan yang tidak dapat di ucapkan dengan kata kata. Perasaan yang sangat lain sekali. Bertukar cerita di hadapan dunia kanak kanak. Menimbulkan satu perasaan ingin tahu tentang si dia. tentang kesah silam si dia. segala tentang dia.

Pertemuan kedua kalinya ketika saya sedang berehat. Hati sangat rindu padanya. Tetapi mulut tidak mengeluarkan suara. Allah itu Maha Mengetahui. Kebetulan, berjumpa dengan si dia bersama kawan. Bergelak ketawa ketika kawan si dia membocorkan rahsia. Ohh. Itu sweet. Sangat sweet.

Si dia bukan seorang yang romantik. Tak payah harap kata kata romantik. Tetapi cara, style perlakuan dia. Cukop untuk membuat saya jatoh cinta. Sehari tak jumpa, ibarat setahun lamanya. Si dia berjaya membuat saya jadi penasaran. Si dia berjaya menimbulkan kembali perasaan ingin memiliki itu.

Kata kata si dia yang membuat saya tergoda, "jangan lah buat macam dalam filem". Oh. Ayat itu memang tak romantik. Sangat lain dari yang lain. Sangat menarik di mata saya.

Si dia juga merupakan seorang yang sangat melindungi. Saya rasa sangat selamat berada dengannya. Walaupun baru sahaja mengenali si dia. Si dia berjaya membuat hati yang tertutup ini terbuka luas. Si dia sangat hebat.

I've fall into him and he mean a lot to me. He's my special one. Doakan kali neh menjadi. InshaAllah (:

Incik NZ, ily (:


1 comment: