Khas untuk Future Husband

warning : entry ini sangat panjang. tidak di paksa untuk membaca

******************************start******************************
sebenarnya entry ini di hasilkan semata-mata untuk mengarut sahaja. Tidak kena mengena dengan yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Oke. Mengarot suda :)

Kalau boleh, satu hari nanti saya mahu bernikah. Dan saya berharap orang yang akan mengakad nikah dengan saya nanti akan betolbetol menyintai saya sepenuh hati. Bukan kerana nafsu semata-mata tapi kerana sayangnya dia pada saya. Walaupun satu hari nanti saya tidak lagi sempurna di matanya.

Saya mahu seorang lelaki yang tidak pernah menganggap saya membuhsankan. Apa lagi menyatakan rasa bosannya mempunyai hubungan dengan saya. Pedih andd saket gila bila insan yang sangat di cintai melafazkan ayat tu kan ? Saya perna merasai nya. Oleh itu, saya mahu lelaki yang sentiasa sedia dari segi mental dan fizikal dengan perangai saya. Sedia maklum, perangai saya yang agak kebudakbudakan ini banyak menyebabkan ramai yang buhsan dengan saya. Tapi saya tak kesa, saya percaya cinta sejati saya sedia menerima saya walau camne pun keadaan saya.

Saya tidak kesah kalau cinta hati saya mahu mengongkong. Tapi beragak-agak lah, tak payah lah semua pun na mengongkong. Saya akan belajar dari kesilapan saya. Dia boleh guide saya tapi bukan berlagak ala diktator. Semua kena bagitawu. Its F-ing boring u know. Cuba lah kalau kita plak berlagak ala ala diktator. Time tu cakap tak sporting pe lah. Oleh itu, sila berfikir sebelum bertindak.

Satu lagi kelemahan saya, saya bukan insan yang selalu sangat cemburu. Saya tak kesah jika cinta hati saya berhubung dengan perempuan lain kerana saya percaya dengan cintanya. Tapi tu tak bermaksud lah dia boleh bercurang dengan saya. Mesej perempuan sane sini. Saya juga ada hidup. Tak kan 24 jam nak control dia kan. Fikirfikirlah.

Saya mahu hidup dengan cinta hati saya sehingga ke syurga. Semestinya ia sangat lama. Selama mana hubungan kami, saya tak mahu cinta itu pudar. Saya nak hepi ending. Sedia maklum juga, saya puteri dunia dongeng. Kalau panjang umur, mungkin boleh berpuluh-puluh tahun hidup bersama. Saya berharap cinta hati saya hanya akan setia pada saya sahaja. Tidak ada wanita dalam dunia ni sanggup bermadu kan ? Kalau awak rasa saya zalim, di persilakan awak mengizinkan suami awak berkahwen dengan perasaan yang gembira. Boleh ?

Satu lagi kekurangan saya, saya tidak pandai mengambil hati orang tua. Maksud saya di sini, saya tidak tahu menjadi seorang yang peramah. Saya jenis yang agak pendiam dan hanya akan bersuara bila orang tanya. Mungkin jika saya hanya mendiamkan diri bila berhadapan dengan family awak. Bukan kerana saya tidak suka mereka. Tetapi kerana saya sangat malu sebenarnya. Mungkin family awak tidak suka saya, tetapi saya janji satu saat yang tiba nanti saya bakal menjadi menantu kesayangan mereka.

Saya bukan lah seorang yang alim. Kadangkadang saya sendiri alpa dengan hidup dunia ni. Oleh itu, saya mahu seorang lelaki yang sanggup membawa saya ke jalan yang benar. Paling penting, seorang lelaki yang tidak perna meninggalkan solat. Camne dia na membimbing saya jika solat dia pun tak cukup. Betol tak ? Susah mahu carik lelaki camtu sekarang. Saya harap saya insan yang bertuah mendapat lelaki yang sempurna dari semua sudut :)


******************************end******************************

oke. selesai suda entry panjang berhela-hela ni. lagi sekali, tidak paksa untuk membaca oke. Lagi sekali tidak kena mengena dengan yang hidup atau yang meninggal dunia :)



0 orkid sedang kembang:

Post a Comment