Ya Allah

saya mahu berubah menjadi yang lebih baek dari dulu. Dulu, saya sangat teruk. sangat jauh menyimpang dari landasan yang sebenar. hanya kawan rapat saya je yang tawu betape teruk nya perangai saya suatu ketika dahulu. hidup saya penuh dengan dosa. pe bende yang saya ta buat dulu? semua bende teruk perna saya lakukan. sampai kan orang bagi nasihat pun, saya boleh maki dia gilagila. saya tawu bukan mudah untuk berubah secara terus kan ? Alhamdulilah. semenjak masuk UNIMAS ni da banyak perubahan yang saya rasa dari dalam diri saya. Sekurangkurangnya saya ta hidup dalam kanca kemaksiatan lagi. teruknya saya suatu ketika dulu. mungkin saya freehair, tetapi ta mustahil kan satu hari nanti saya akan bertudung ? saya bukan orang yang sempurna, tetapi saya cuba untuk mengejar kesempurnaan itu. saya akui saya sangat teruk suatu ketika dahulu. banyak pengalaman yang sangat berharga saya rasai. bukan mudah untuk dapat pengalaman tu, hanya Allah yang Maha Mengetahui. saya berazam untuk menjadi seorang hamba yang sangat taat kepada perintah-Nya. mendapat seorang suami yang mampu mendidik saya. saya juga mungkin bukan seorang calon isteri yang baek, tetapi saya akan mencuba yang terbaek. saya juga ingin melahirkan zuriat yang taat pada perintah-Nya. mungkin saya tidak layak untuk masuk ke syurga, tetapi saya tidak sanggup masuk ke neraka. 

Ya Allah, kembalikan lah akuh ke jalan-Mu yang lurus. terima lah taubat ku. Sesungguhnya hidup dan mati ku hanya lah kerana Engkau. ameen.


semoga hari ini lebih baek dari semalam. dan esok lebih baek dari hari ini :)


2 comments:

  1. semoga hidayah Allah sentiasa bersamamu...... yakinlah pada diri..... otang yang berazam untuk bertaubat.. dosan-dosanya akan gugur seperti bayi yang baru dilahirkan

    ReplyDelete